Friday, September 18, 2009

Sinopsis Penyelidikan

(i) Sinopsis Penyelidikan:

UKM ialah sebuah universiti yang mempunyai peranan yang unik berbanding dengan IPTA-IPTA lain di Malaysia. Ini dapat dilihat daripada peranannya untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peranan ini menjadi latarbelakang kepada usaha UKM untuk membentuk ahli-ahli akademik yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi. Untuk perspektif ahli-ahli akademik pula, mereka perlu berpegang kepada nilai-nilai professionalisme demi untuk memartabatkan kualiti pendidikan hingga ke peringkat dunia. Ini sesuai dengan visi UKM bertekad menjadi Universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Untuk memberikan sumbangan ke arah visi tersebut, aspek professionalisme di kalangan ahli-ahli akademik adalah satu perkara penting.

(ii) Objektif Penyelidikan:

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk:
1. Mengkaji persepsi ahli-ahli akademik terhadap profesion mereka.
2. Mengkaji bagaimana mereka membentuk kepakaran dalam profesion mereka mereka.
3. Mengkaji sejauh mana polisi-polisi UKM memberikan kesan terhadap profesion mereka.

(iii) Metodologi Penyelidikan:

Kajian menggunakan ini melibatkan kaedah utama iaitu kualitatif. Kaedah kualitatif digunakan di mana temubual secara mendalam dijalankan di kalangan ahli-ahli akademik yang terpilih dalam rangka untuk membina instrumen kajian. Ahli-ahli akademik yang akan ditemubual dipilih daripada mereka yang mempunyai tahap professionalisme yang tinggi dari perspektif pihak pengurusan atasan. Untuk memilih informan yang akan ditemubual, penyelidik akan mendapatkan rekomendasi daripada input daripada temubual ini digunakan membina inventori item dalam soal selidik. Dijangka 4 hingga 7 orang informan akan dipilih berdasarkan persampelan kriteria dan teknik snowballing.

Rujukan

Avis, J., & Bathnaker, A. C. 2004. Critical Pedagogy, Performativity and a politics of hope: Trainee further education lecturer practice. Research in Post-Compulsory Education, 9(2), 301-313

Avis, J., Bathmaker, A., & Parsons, J. 2002. Communities of practice and the construction of
learners in post-compulsory education and training. Journal of Vocational Education & Training, 54(1), 27 — 50.

Hill, R. 2000. A Study of the views of full-time further education lecturers regarding their college corporations and agencies of the further education sector. Journal of Further and Higher Education, 24(1), 67 — 75.

Lomas, L., & Nicholls, G. 2005. Enhancing Teaching Quality Through Peer Review of Teaching. Quality in Higher Education,11(2),137 — 149.

MacFarlane, B. 2001. Justice and lecturer professionalism. Teaching in Higher Education, 6(2), 141-152.

Skelton, A. 2002. Towards Inclusive Learning Environments in Higher Education? Reflections on a Professional Development Course for University Lecturers. Teaching in Higher Education, 7(2), 193 — 214.


Jangkaan Output Penyelidikan:

Data daripada penyelidikan kualitatif ini dijangkakan akan menghasilkan output-output berikut:
1. Dapat memberikan garis panduan kepada pembuat dasar ke arah memantapkan lagi tahap profesionalisme di kalangan ahli-ahli akademik UKM.
2. Dapat memberikan kefahaman tentang contoh amalan-amalan terbaik ahli-ahli akademik dalam memperkembangkan profesion mereka.
3. Dapat memberikan gambaran terhadap sejauh mana polisi-polisi yang diamalkan UKM memberikan kesan terhadap perkembangan profesion ahli-ahli akademik.

Borang pdf

No comments:

Post a Comment